Makanan Kucing Ecovet

Makanan Kucing Jenama Ecovet

Makanan kucing jenama Ecovet mengandungi semua vitamin, nutrisi dan mineral untuk memenuhi keperluan sibulus anda untuk manfaat seharian.

Ecovet merupakan salah satu jenama makanan kucing terbaik yang ada dalam pasaran. Makanan kucing Ecovet dihasilkan oleh pakar pemakanan dan doktor haiwan tempatan untuk memenuhi keperluan pemakanan dan kesihatan kucing anda untuk semua peringkat umur.

Kucing tak sama dengan manusia mahupun anjing, ianya berkaitan dengan pemakanan, sistem penghadaman kucing amat tidak flexible dan berbeza dengan manusia, kucing perlukan banyak daging bagi sumber protein dan lemak.

Sistem penghadaman kucing tidak boleh memproses karbohidrat. Kucing akan mengalami masalah obesiti melampau jika memakan karbohidrat berlebihan. 

Soalan yang agak payah untuk kita tentukan sebenarnya..bergantung kepada jenis kucing yang kita bela. Kucing yang bebas outdoor mungkin memerlukan makanan yang lebih banyak kerana mereka aktif bergerak berbanding dengan kucing indoor yang banyak berehat dan memanjakan diri. Secara ideal kita boleh bawa kucing kita untuk ditimbang berat dan ditentukan jumlah kalori sebenar yang sibulus perlukan bergantung pada berat.

Dari segi nutrisi, sebilangan besar makanan kucing buatan sendiri adalah tidak lengkap dan seimbang. Makanan kucing Ecovet menyelesaikan masalah ini dengan membekalkan nutrisi lengkap dan seimbang yang juga lazat dan berkhasiat. Ia juga senang disajikan dengan harga makanan kucing yang tiada tandingan untuk memastikan anda turut berasa gembira!

Shopping Cart
Scroll to Top